PERANAN PSS


PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Pusat mengumpul, menyimpan dan mengedar berbagai-bagai
    maklumat.
2. Tempat utama untuk membuat rujukan. 
3. Mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran di sekolah
    sekolah.
4. Koleksi lengkap dan kemaskini. -Maklumat-maklumat dalam pelbagai bentuk seperti filem, pita audio, cakera liut, modul-modul dan sebagainya.
5. Membolehkan guru dan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi
    sesama mereka disamping dapat menggunakan berbagai
    kaedah .
6. Menawarkan khidmat rundingan dan nasihat. 
7. Tempat untuk membina program-program media pengajaran dan
    pembelajaran
8. Tempat untuk menjalankan beberapa aktiviti sekolah.
9.  Menurut Ian Lister tentang buku yang ditulis oleh Holder dan Mitson (1974),mengatakan "Pusat sumber sekolah memainkan peranan
    mengoperasikan kehendak kandungan sukatan pelajaran
    memperbaiki mutu dan kaedah pengajaran dan meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh. Pendapat ini disokong oleh McGinness (1969) yang melihat peranan pusat sumber sekolah sebagai 4E iaitu ekonomi(economy), kecekapan (efficiency), kecemerlangan (excellence) dan pengayaan (enrichment)
10.Sebagai Pusat Ilmu. - mengangkat martabat sekolah sebagai pusat ilmu warga sekolah, pengurus sekolah, kakitangan dan masyarakat sekitarnya.
11.Membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. 
12.Menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan -mengembangkan daya pemikiran, kreativiti dan imiginasi guru dan murid.
13.Sebagai Pusat Pembelajaran. 
14.Merangsang pembelajaran yang aktif dikalangan murid-murid.
15.Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar melalui
     pelbagai sumber dan perkhidmatan.
16.Pusat Sumber juga digunakan sebagai tempat pengajaran dan
     seharusnya bukan sebagai tempat pembelajaran semata-mata
17.Sebagai Pusat Profesional, aktivIti-aktivIti pusat sumber akan
      meningkatkan iktisas keguruan dari segi adanya cara bekerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi dan kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah.
18.Sebagai Pusat Hubungan Masyarakat. Ini bermakna Persatuan Ibu
      bapa dan Guru-guru (PIBG) merupaskan jambatan penghubung di antara
      sekolah dengan masyarakat.









Fungsi Pusat Sumber Sekolah.
Terdapat beberapa fungsi Pusat Sumber Sekolah. Fungsi-fungsi ini saling kait-mengait dan terhubung rapat, fungsi-fungsi ini mungkin akan berubah mengikut masa dan kehendak pengguna. Fungsi yang berkesan dan baik ialah apabila ia dapat memenuhi kehendak pengguna pada setiap masa. Antara fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:
o     Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum selaras dengan kehendak zaman serta perkembangan terbaru.
o     Sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
o     Merupakan tempat bahan pengajaran-pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
o     Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
o     Memberi panduan mencari, mengguna, menghasilkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
o     Menggalakkan dan mepromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
o     Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
o     Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.Di samping membolehkan guru dan pelajar mendapatkan bahan yang dimiliki oleh sekolah yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
o     Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
o     Menyediakan alat pendua (reprografi) termasuk alat rakaman dan perkhidmatan semungkin yang boleh.

No comments:

Post a Comment